Berbaloi atau tidak hendak membeli sebuah basikal lipat?
Basikal Lipat jenama Strida dengan kerangka asas berbentuk huruf 'A' |
Jenama Tyrell dari Jepun dengan handle road bike |
Pelbagai teknologi terdapat pada basikal lipat seperti brek cakera dan tali sawat kevlar bertahan sehingga 80,000km |
Ayuh lihat kelebihan basikal lipat:
1. Mudah untuk disimpan serta jimat ruang terutama yang tinggal di kediaman apartmen.
2. Mudah dibawa terutama ketika ingin memuatkan ia di dalam kereta.
3. Sesuai untuk semua peringkat usia dan jantina (Lelaki, Wanita, Remaja lelaki atau anak gadis, Warga emas)
4. Mudah untuk dipasang serta untuk dilipat.
5. Boleh dibawa menggunakan kenderaan awam setelah basikal dilipat.
Kekurangan:
1. Roda yang kecil akan membuatkan anda akan berkayuh lebih dari roda yang biasa. Roda foldies 20" manakala standard roda basikal yang lain 26"/27.5"/29".
2. Lipat melipat lama-kelamaan akan membuatkan anda sedikit 'malas' untuk membuka lipatan basikal untuk mengangkat dan berkayuh.
3. Tidak sesuai untuk perjalanan jauh.
Secara kesimpulan Basikal Lipat sesuai untuk:
1. Newbies dan keluarga
2. Fokus untuk senaman ringan dengan berkayuh
3. Menggunakan pengangkutan awam
4. Kayuhan jarak pendek
5. Berkayuh di taman-taman rekreasi
+INFO: Semakin kecil roda semakin lebih anda perlu berkayuh untuk satu putaran per minit
+ Ada bermacam jenis basikal lipat dari entry model RM500 - RM10,000.
+ Antara jenama yang popular di Malaysia ialah Dahon, Oribike, Tern, Birdy, Tyrell, Strida, Java dan Lerun.
Setelah basikal dilipat |
Beza saiz roda basikal lipat dengan basikal biasa |
Mudah untuk dibawa di dalam bonet kereta |
Terbaik basikal ni... ad juga nmpk byk kedai jual.. cuba tgok kt sini.. www.kedaionlinemy.com
ReplyDeleteVery informative
ReplyDeleteNot interesting
ReplyDelete🖕🖕🖕🖕
ReplyDeleteGood
ReplyDelete