Thursday, 26 February 2015

Good Morning America! - PART 1

Pertama kali menjejak bumi Amerika Syarikat pada 2012.

ALHAMDULILLAH sepanjang bersama majalah basikal dahulu, saya berkesempatan berkunjung ke Amerika Syarikat sebanyak 2 kali iaitu pada 2012 (Utah) dan 2013 (Colorado). Saya akan kongsikan pengalaman di sana terutama yang berkaitan basikal.

Jenama basikal Specialized setiap tahun akan melancarkan model terbaharu. Jadi mereka akan menjemput media dari seluruh dunia untuk datang ke sana dan menguji semua basikal-basikal yang baru. Malaysia melalui Specialized Malaysia (Gin Huat) telah membawa 3 wakil media yang sering bekerja rapat dengannya terutama di mana ia beriklan.

Namun ke USA bukan senang bro terutama sekali yang membabitkan hal passport dan visa. Untuk Visa ke sana sahaja bernilai RM500. Perlu ditemuduga dahulu dan jika berjaya baru dapat. Jika gagal, perlu bayar dan temuduga lagi. Begitulah kaedahnya. Temuduga pula perlu bawa surat jemputan ke sana dari Specialized, dokumen-dokumen diri, Surat nikah, salinan penyata akaun dan macam-macam lagi yang boleh melihatkan diri kita yang stabil di negara ini.  Kira bukan macam nak stay kat USA lama-lama lah lepas tue atau cari kerja di sana. Saya tunjukkan carta proses nak apply visa di bawah:

Isi Borang Online apply visa ke USA
|
Buat pembayaran hanya di bank Standard Chartered
|
Letak nombor bayaran ketika aplikasi online
|
Pilih tarikh temuduga juga secara online
|
Setelah dapat tarikh temuduga, pastikan pergi awal kerana ramai yang akan apply pada hari yang sama dan beratur panjang di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, KL.
|
Setelah masuk anda akan diberi nombor giliran
|
Tunggu sehingga nombor dipanggil dan anda akan ditemuduga di kaunter jadi jawab dengan yakin.

PENTING!
+ Jangan lupa bawa semua dokumen penting diri.
+ Gambar VISA (bground putih) bawa siap-siap
+VISA USA akan diberi berbeza jangka masa mengikut individu. Ada yang hanya 3 bulan dan maksima ialah 10 tahun. Saya tempoh hari hanya dapat 5 tahun sahaja.

+ Ada permohonan yang boleh lulus dalam tempoh kurang sebulan. Ada yang sehingga 6 bulan dan begitulah kisahnya tentang visa ke Amerika ini. Semuanya subjektif. Bukan mudah tapi jika anda sudah memilikinya akan melancarkan urusan untuk mendapat kelulusan bagi permohonan negara-negara yang lain kelak. 

Maka pada Julai 2012 saya pun terbang buat pertama kali ke Amerika Syarikat dengan penerbangan MAS dari KLIA menuju ke Narita - LA. Sekitar gambar saya di Lapangan Terbang Tom Bradley, Los Angeles (LAX)

+ Kenangan yang tak boleh dilupakan ialah dipanggil oleh pegawai imigresen ketika mahu cop masuk ketibaan sebab ambil gambar di kawasan itu. Mujur tak ada apa-apa yang serius. Imigresen sana ada pistol woooo. :-D

Muka keletihan setelah mengharungi penerbangan lebih 18 jam. Suasana
 di ruang ketibaan Terminal Antarabangsa Tom Bradley, Lapangan Terbang LA.

Bangunan berbentuk kapal angkasa berdekatan lapangan
terbang ini merupakan sebuah restoran.
LAX - Singkatan destinasi penerbangan untuk Los Angeles.

Friday, 20 February 2015

Modal RM500 untuk berbasikal!

RM500 Kerangka besi

RM799 Kerangka besi dengan komponen Shimano

Ada yang habis berpuluh, belas dan ribuan ringgit untuk sebuah basikal, namun anda tidak perlu mengikut cara itu. Yang penting walaupun basikal murah, kesihatan anda merupakan tujuan utama anda berbasikal. Jangan nanti jika hanya nak basikal gempak duit banyak dilaburkan, tapi selepas 6 bulan dah malas nak kayuh. Tahukah anda, cukup hanya dengan modal RM500 sudah boleh berkayuh. Pelbagai pilihan model yang terdapat di pasaran dan mulakan dengan basikal yang mampu milik. Antara peralatan asas yang perlu anda beli untuk berbasikal ialah:

1. Basikal RM500 (Kerangka keluli dan grupset jenama biasa)
2. Topi keledar RM50
3. Sarung tangan RM45

Ini antara peralatan asas untuk anda berkayuh. Untuk pakaian pula anda boleh pakai pakaian sukan yang selesa dan kasut sukan. Mudah bukan?

Jadi dengan jumlah keseluruhan sekitar RM600 (termasuk helmet dan glove) pun anda sudah boleh berkayuh!

Tak perlu mahal untuk memulakan aktiviti ini.

Moral of the story: Jika ada bajet belilah basikal mahal pun takpa. Namun anda belum tahu sejauh mana atau berapa lama anda akan terlibat dalam aktiviti ini. Mulakan dengan kos yang paling minima dan upgrade basikal bergantung akan bagaimana serius anda berkayuh nanti. Cuba dulu dalam 3-6 bulan dan anda akan tahu sendiri hala tuju dalam aktiviti ini. 

RM55

RM45
Ada Bajet boleh beli model ini. Triace A318. Roda 26" RM1750 sahaja. :-D



Wednesday, 18 February 2015

Melawat Kilang Basikal



Pelakon Esma Daniel juga masa ini dibawa melawat oleh tauke XDS Malaysia.

SEKITAR 2013 saya berkesempatan melawat kilang pembuatan basikal di negara China. Berkunjung ke daerah Guangdong, Shenzen di mana kilang basikal XDS ditempatkan ia memberi satu pengalaman baru. Walaupun jenama XDS di Malaysia bukan pilihan utama untuk anda, namun mereka sebenarnya adalah antara pengeluar basikal yang terbesar di negara China dan dunia. Kompleks kilang dengan bahagian pengeluaran, ibu pejabat serta asrama staf disediakan di sini. Paling menarik ialah trek lumba basikal bukit (MTB) dibina di bahagian belakang kilang siap sekali dengan grandstand! kayuh lah sampai lebam.

Sebenarnya kebanyakan jenama basikal di dunia dihasilkan di kilang XDS. Termasuklah kebanyakan yang dijual di Malaysia. Jika anda ada modal yang mencukupi boleh datang ke sini dan tempah dalam kuantiti satu kontena atau lebih untuk jenama basikal anda sendiri seperti yang pengedar-pengedar utama basikal di Malaysia praktikkan. Di XDS semua pun boleh asal ada ongkosnya!

Mereka memulakan dengan sebatang besi keluli sebelum ia dipotong-potong untuk dijadikan kerangka basikal. Dari proses mengecat sehingga pemasangan komponen dilakukan di sini. Selain itu di sebuah lokasi lain, ditempatkan pula kilang penghasilan kerangka karbon. Jenama-jenama ternama di dunia turut dihasilkan di sini. XDS memiliki teknologi penghasilan karbon dari benang sehingga menjadi material seumpama kertas sebelum penghasilan kerangka basikal sama ada untuk road bike atau mtb dilakukan.

Bila ditanya best tak melawat kilang basikal? Untuk pengalaman baru, ya ia menarik untuk mengetahui bagaimana penghasilan basikal dari 'zero' menjadi sebuah yang boleh ditunggang. Lain-lain sama macam di kedai basikal tengok tauke pasang brek, tayar dan komponen lain. :-) Cuma bezanya di China dan di Shah Alam itu sahaja. :-)

INFO:
Diasaskan: 1995
Keluasan kilang: 450 ekar
Jenama XDS dieksport ke lebih 50 negara seluruh dunia.
Trek MTB mendapat pengiktirafan UCI dengan perlumbaan tempatan dan antarabangsa dianjurkan di sini.

Di bawah ini saya kongsikan gambar-gambar kenangan ketika berkunjung ke sana:

Ibu Pejabat XDS di Shenzen, China.

Basikal milik pekerja.

Asrama penginapan pekerja kilang XDS.

Antara kerangka dan basikal MTB yang dihasilkan di kilang ini.

Trek basikal MTB dengan grandstand.
Setiap hujung minggu trek ini akan dipenuhi peminat basikal. 

Mendapat pengiktirafan UCI.
Pelbagai jenis kerangka karbon boleh dipilih untuk dihasilkan.

Monday, 16 February 2015

Antara Keluarga & Basikal



Agar Famili happy, anda pun happy

Bila berbasikal sudah pasti akan ada masa perlu dibahagi antara keluarga dan aktiviti berkayuh. Namun walau bagaimanapun famili mesti mejadi keutamaan anda. Bahagikan masa dengan bijak.

Pilih hari yang sesuai untuk berkayuh. Selalunya pada sebelah pagi setiap Sabtu antara masa yang paling ideal. Ini adalah kerana Sabtu kita sering penuh dengan aktiviti. Jemputan perkahwinan, nak balik kampung dsbnya. Manakala hari Ahad hari untuk bersama keluarga sepenuhnya. Terutama jika ada anak-anak yang masih kecil atau bersekolah perlu dijenguk-jenguk juga homeworknya.

Sekiranya bercuti di kawasan yang sesuai untuk berkayuh anda boleh bawa sekali basikal. Ambil peluang berkayuh pada sebelah pagi dan selebihnya untuk keluarga. Atau mengapa tidak hanya sewa /gunakan basikal di resort dan berkayuh bersama anak-anak dan isteri. Itu lebih baik...asalkan anda dapat berkayuh bersama. Memudahkan urusan anda tanpa perlu bawa basikal sendiri.

Perlu dilihat apa sebenarnya tujuan asal anda berkayuh? Dari tujuan di bawah kita boleh lihat masa yang anda akan gunakan sama ada:

1. Mahu kekal sihat dan cergas
2. Mahu ke peringkat pertandingan/kejohanan

Mahu kekal cergas
- Sasarkan aktiviti berbasikal anda seminggu sekali sudah memadai. Namun jika mahu kekal cergas pilihlah 3 kali seminggu sekiranya ada masa terluang. Jika tidak sekali sudah memadai untuk cergas.
- Basikal tahap sederhana sudah sesuai.
- Jarak kayuhan sederhana di sekeliling taman/ kawasan perumahan (10-15km/30minit). Faktor keselamatan perlu diambil kira.

Kekal cergas bersama keluarga. Foto: http://www.forestry.gov.uk/


Mahu ke peringkat pertandingan / kejohanan
- Jadual dan masa kayuhan perlu anda tetapkan dan lakukan dengan konsisten. Sertai individu atau kelab yang sering ke kejohanan atau jamboree untuk mendapatkan rentak kayuhan dan latihan.
- Pemakanan perlu dijaga lebih teliti.
- Penambahbaikan pada komponen basikal perlu dilakukan dari masa ke masa.
- Sesuai untuk mereka yang masih berusia 35 tahun ke bawah dan bekerja sendiri kerana boleh membahagikan masa dengan mudah.
- Jika usia 35 tahun dan ke atas perlu dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui tahap kecergasan anda. Ini adalah kerana anda yang kes pengayuh basikal menyertai acara kayuhan dan jamboree meninggal dunia sebelum ini.
- Jarak kayuhan minima sekitar 50km dalam satu sesi

Perlumbaan MTB peringkat antarabangsa

+Jika anda mahu lebih serius pasti banyak masa akan digunakan. Namun keluarga perlu diutamakan melainkan anda memang hanya menyara kehidupan sebagai seorang atlit. Kerjaya juga perlu diseimbangkan di antara minat berbasikal ini kerana anda sendiri yang boleh menilai mana lebih baik untuk keseluruhannya.


Tuesday, 10 February 2015

Basikal Lipat Berbaloi Nak Beli?

Berbaloi atau tidak hendak membeli sebuah basikal lipat?




Basikal Lipat jenama Strida dengan kerangka asas berbentuk huruf 'A'
Jenama Tyrell dari Jepun dengan handle road bike
Pelbagai teknologi terdapat pada basikal lipat seperti brek cakera dan
tali sawat kevlar bertahan sehingga 80,000km




Ayuh lihat kelebihan basikal lipat:
1. Mudah untuk disimpan serta jimat ruang terutama yang tinggal di kediaman apartmen.
2. Mudah dibawa terutama ketika ingin memuatkan ia di dalam kereta. 
3. Sesuai untuk semua peringkat usia dan jantina (Lelaki, Wanita, Remaja lelaki atau anak gadis, Warga emas)
4. Mudah untuk dipasang serta untuk dilipat.
5. Boleh dibawa menggunakan kenderaan awam setelah basikal dilipat.

Kekurangan:
1. Roda yang kecil akan membuatkan anda akan berkayuh lebih dari roda yang biasa. Roda foldies 20" manakala standard roda basikal yang lain 26"/27.5"/29".
2. Lipat melipat lama-kelamaan akan membuatkan anda sedikit 'malas' untuk membuka lipatan basikal untuk mengangkat dan berkayuh.
3. Tidak sesuai untuk perjalanan jauh.

Secara kesimpulan Basikal Lipat sesuai untuk:
1. Newbies dan keluarga
2. Fokus untuk senaman ringan dengan berkayuh
3. Menggunakan pengangkutan awam
4. Kayuhan jarak pendek
5. Berkayuh di taman-taman rekreasi

+INFO: Semakin kecil roda semakin lebih anda perlu berkayuh untuk satu putaran per minit
+ Ada bermacam jenis basikal lipat dari entry model RM500 - RM10,000.
+ Antara jenama yang popular di Malaysia ialah Dahon, Oribike, Tern, Birdy, Tyrell,  Strida, Java dan Lerun. 




Setelah basikal dilipat

Beza saiz roda basikal lipat dengan basikal biasa
Mudah untuk dibawa di dalam bonet kereta

Monday, 9 February 2015

Nak Beli Road Bike atau MTB?

ANDA DALAM DILEMMA?

Posisi menunggang MTB lebih santai. Pakai sports shoes pun boleh kayuh
Basikal Lumba (Road Bike) dengan pakaian yang lengkap


Ada yang dilemma sama ada mahu membeli basikal MTB atau Road BIke (RB)? Saya cadangkan jika ada bajet beli sahaja keduanya. Namun jika terhad perlu pilih satu sahaja. Ok yang mana satu RB atau MTB?

Ramai yang memilih MTB kerana faktor harga serta lebih santai dari segi kayuhan dan posisi. Boleh digunakan untuk on-road dan Off-road juga menjadi sebab utama kenapa MTB menjadi pilihan ramai. Selain itu jika membeli MTB anda berpeluang untuk menyertai acara kayuhan seperti jamboree yang diadakan setiap minggu. 

Harga dengan komponen untuk MTB pada harga yang mampu milik boleh didapati di pasaran. Pelbagai jenama dan saiz serta jenis boleh dibeli mengikut bajet anda. 

Walaupun MTB bersifat dua alam (on road dan off road) namun ia lebih seronok dikayuh off-road. Ini adalah kerana tayar yang tebal serta suspensi fork hadapan menyerap dengan baik ketika melalui jalan off-road. Bila digunakan di atas jalan tar ia akan lebih berat kerana tayar berbunga dan tebal serta hayunan suspensi akan menggunakan tenaga yang lebih untuk anda.

Manakala RB ia dalam posisi kedudukan erodinamik dan hanya sesuai digunakan untuk jalanraya bertar. Untuk memiliki RB yang murah tiada yang best kerana untuk model yang ringan pada sekitar harga permulaan RM5000 dan ke atas. Harga jika di bawah itu untuk RB hanya dengan pakej entry serta komponen aloi serta kerangka keluli murahan malah perlu tambahbaik pula. Untuk semua jenis basikal yang paling penting ialah kerangka yang ringan serta tahan lasak. 

ROAD BIKE LANCAR DAN PANTAS
Untuk RB anda perlu memakai jersi dan bib yang sesuai serta kasut berklip. Lebih serius dan jika berpakaian santai akan mengurangkan erodinamik. Namun RB tidak perlu dicuci setiap kali selesai kayuhan manakala MTB cucian dan selanggaraan perlu dilakukan setiap kali selesai kayuhan. 

Jadi jika anda mempunyai rakan-rakan yang lebih kepada MTB dan boleh meluangkan masa berkayuh setiap minggu serta sukakan laluan denai dan alam semulajadi masuk hutan dan sebagainya maka pilihlah MTB. Kadangkala banyak menolak juga dalam laluan off-road dari berkayuh...

Jika anda sukakan kayuhan jarak jauh lancar dengan laluan landai dan berbukit maka RB boleh anda pertimbangkan...

Tepuk dada tanya selera yang penting ukur baju di badan sendiri...


RB - Pasukan Pro Benua  Androni Giocattoli dari Itali ketika LTdL 

Pasukan Pro MTB ketika menyertai LIMBC2013

Saturday, 7 February 2015

Kayuh Sebab Trend?

Tujuan Sebenar Anda Berbasikal

Sebelum tahu basikal apa yang ingin anda beli, perlu tahu apa tujuan anda untuk berkayuh?
  • Ikut kawan
  • Trend
  • Suka bertemu kawan-kawan baru
  • Aktiviti mingguan keluarga
  • Kesihatan dan kecergasan
Gambar Hiasan: Sekitar Kayuhan OCBC 2013 di sekitar Kuala Lumpur

IKUT KAWAN
Ramai yang hanya mengikut kawan-kawan atau rakan sepejabat. Bila masing-masing sibuk bercerita tentang dunia basikal tiba-tiba anda pula tidak ada basikal mesti rasa x best kan? Nak tak nak kena beli jugaklah sebab nanti ketinggalan zaman pulak. 

TREND
Disebabkan trend berbasikal kini mendapat tempat dan semakin digemari oleh rakyat Malaysia, maka nak berbasikal jugaklah. Boleh sertai jamboree setiap minggu dan berjumpa geng-geng baru. Boleh selfie tunjukkan kat facebook " aku kayuh tau" :-D


Gambar Hiasan: Team Musangking dari Shah Alam sentiasa aktif dan akrab bersama ahli-ahlinya.
SUKA BERTEMU KAWAN-KAWAN BARU
Ada juga golongan yang suka berkenalan dan bertemu dengan rakan-rakan baru. Mungkin nak tambah network selain boleh join grup kayuhan yang berdekatan dengan tempat tinggal. Kebanyakkan peminat berbasikal memang suka berkongsi cerita tapi ada juga yang over macam dia sahaja yang tahu segala hal tentang basikal. :-)

AKTIVITI MINGGUAN KELUARGA
Ia bergantung di mana anda tinggal dan kemudahan yang terdapat di sekitar untuk memudahkan anda berkayuh seisi keluarga. Melalui pemerhatian saya, mereka yang terlibat satu keluarga berbasikal ialah lokasi kawasan perumahan yang luas serta tidak terlalu sibuk. Jalan yang baik serta mempunyai kawasan hijau. Ini mengundang kepada keinginan sesuatu keluarga itu berkayuh bersama di kawasan kejiranan dan dari situ mereka mula menyertai acara kayuhan santai dan seterusnya jamboree dan lain-lain. Ini yang lebih baik bagi saya kerana setiap ahli keluarga terlibat. Jika hanya suami yang layan kayuh acara santai atau jamboree, manakala isteri dan anak-anak pula nak buat apa masa menunggu tu? (Ini saya akan kupas dalam entry yang lain)


Gambar Hiasan: Aktiviti berbasikal seronok dilakukan bersama ahli keluarga. Geng TEKAS dari Ampang antara yang ramai ahlinya berkayuh dalam satu keluarga seperti bapa, ibu dan anak.

KESIHATAN DAN KECERGASAN
Inilah tujuan yang paling utama bagi kebanyakkan mereka yang terlibat dalam aktiviti berbasikal. Sememangnya jika tujuan ini telah diketahui dari awal maka ia memudahkan anda dalam mencari jenis basikal atau aksesori. Juga boleh merancang dengan baik kekerapan anda berkayuh dalam seminggu.



Friday, 6 February 2015

MAHU BELI BASIKAL APA?

PILIHAN DI TANGAN ANDA

Itu persoalan yang sering ditanya kepada saya. Ada bermacam jenis basikal terdapat di pasaran kini. Basikal Bukit (Mountain Bike), Basikal Lumba (Road Bike), Basikal Jelajah (Touring Bike), Basikal Lipat (Folding Bike), Fixie, termasuklah yang pelik-pelik seperti recumbent dan lain-lain lagi. Apa pun semuanya bergantung kepada bajet anda dan minat serta untuk tujuan apa anda berkayuh.

Basikal Bukit (Mountain Bike - MTB)

Basikal Lumba (Road Bike)

Basikal Lipat

Basikal City/Hybrid/Touring


Fixie

Basikal Recumbent

Basikal Trike

Tips Membeli Basikal
  1. Membeli basikal bukan seperti membeli ubat gigi atau sabun mandi. Ia perlu dilakukan dengan teliti dan tidak terburu-buru.
  2. Lakukan test ride di kedai yang anda kunjungi. Sekurangnya kayuh sekitar 5 minit untuk anda ketahui sama ada basikal itu sesuai atau tidak.
  3. Bajet paling utama. Beli mengikut kemampuan. Sebaiknya untuk permulaan beli basikal yang tidak terlalu mahal kerana anda tidak tahu lagi sejauh mana anda akan aktif berkayuh.
  4. Jika beli basikal dari kawan-kawan? Terpakai atau Second Hand? Pastikan periksa pada kerangka jika terdapat rekahan terutama pada bahagian penyambung. Namun perkara utama ialah di bawah ini.

INFO: Pastikan membeli basikal mengikut saiz yang sesuai dengan anda. Sila rujuk saiz basikal yang terdapat pada setiap kerangka. Salah saiz akan menyebabkan anda tidak selesa untuk berkayuh dan menyatakan yang aktiviti ini tidak sesuai untuk anda! Padahal ia hanya kerana saiz.




Thursday, 5 February 2015

BASIKAL MOUNTAIN BIKE LEBIH POPULAR

BASIKAL APA?


Ayuh lihat pro dan kontra setiap sesuatu basikal itu untuk rujukan anda sebelum membeli:

Basikal Bukit
Golongan yang paling ramai pemilik di Malaysia ialah daripada basikal bukit. Ini adalah kerana pelbagai pilihan harga mampu milik selain mudah untuk ditunggang.

Posisi: Menegak
Roda: 26 /27.5/29
Tayar: Berbunga Tebal


MTB dari jenis Hard Tail sesuai dengan keadaan laluan trek off-road di Malaysia yang lembab dan berair.


Kelebihan
- Posisi menunggang lebih santai
- Boleh digunakan on road dan off-road serta lasak
- Boleh didapati  dengan harga yang berpatutan untuk beginner dengan pilihan komponen yang baik
- Boleh disesuaikan dengan pakaian menunggang yang lebih santai (Tidak semestinya jersi + bib)
- Boleh selalu join aktiviti jamboree atau kayuhan santai kerana setiap minggu ada sahaja acara tersebut.

Kekurangan
- Tayar berbunga besar akan menjadikan kayuhan anda lebih berat ketika di atas jalan raya yang biasa selain ia akan berbunyi.
- Perlu dibersihkan setiap kali selesai aktiviti off-road
- Kos penyelenggaraan yang lebih
- Selalu kena racun dengan member untuk tukar komponen atau kerangka.

MTB Suspensi Penuh (Full-Sus) / Sesuai untuk pelbagai permukaan off-road terutama laluan kering dan berbatu

MTB juga sesuai dipakai dengan jersi dan seluar yang lebih santai
Setiap minggu ada sahaja acara jamboree mtb diadakan. Lebih peluang untuk anda berkayuh dan menangi Lucky Draw :-D
+ Nantikan entry seterusnya tentang basikal lumba (road bike)