Sebelum tahu basikal apa yang ingin anda beli, perlu tahu apa tujuan anda untuk berkayuh?
- Ikut kawan
- Trend
- Suka bertemu kawan-kawan baru
- Aktiviti mingguan keluarga
- Kesihatan dan kecergasan
Gambar Hiasan: Sekitar Kayuhan OCBC 2013 di sekitar Kuala Lumpur |
IKUT KAWAN
Ramai yang hanya mengikut kawan-kawan atau rakan sepejabat. Bila masing-masing sibuk bercerita tentang dunia basikal tiba-tiba anda pula tidak ada basikal mesti rasa x best kan? Nak tak nak kena beli jugaklah sebab nanti ketinggalan zaman pulak.
TREND
Disebabkan trend berbasikal kini mendapat tempat dan semakin digemari oleh rakyat Malaysia, maka nak berbasikal jugaklah. Boleh sertai jamboree setiap minggu dan berjumpa geng-geng baru. Boleh selfie tunjukkan kat facebook " aku kayuh tau" :-D
Gambar Hiasan: Team Musangking dari Shah Alam sentiasa aktif dan akrab bersama ahli-ahlinya. |
SUKA BERTEMU KAWAN-KAWAN BARU
Ada juga golongan yang suka berkenalan dan bertemu dengan rakan-rakan baru. Mungkin nak tambah network selain boleh join grup kayuhan yang berdekatan dengan tempat tinggal. Kebanyakkan peminat berbasikal memang suka berkongsi cerita tapi ada juga yang over macam dia sahaja yang tahu segala hal tentang basikal. :-)
AKTIVITI MINGGUAN KELUARGA
Ia bergantung di mana anda tinggal dan kemudahan yang terdapat di sekitar untuk memudahkan anda berkayuh seisi keluarga. Melalui pemerhatian saya, mereka yang terlibat satu keluarga berbasikal ialah lokasi kawasan perumahan yang luas serta tidak terlalu sibuk. Jalan yang baik serta mempunyai kawasan hijau. Ini mengundang kepada keinginan sesuatu keluarga itu berkayuh bersama di kawasan kejiranan dan dari situ mereka mula menyertai acara kayuhan santai dan seterusnya jamboree dan lain-lain. Ini yang lebih baik bagi saya kerana setiap ahli keluarga terlibat. Jika hanya suami yang layan kayuh acara santai atau jamboree, manakala isteri dan anak-anak pula nak buat apa masa menunggu tu? (Ini saya akan kupas dalam entry yang lain)
KESIHATAN DAN KECERGASAN
Inilah tujuan yang paling utama bagi kebanyakkan mereka yang terlibat dalam aktiviti berbasikal. Sememangnya jika tujuan ini telah diketahui dari awal maka ia memudahkan anda dalam mencari jenis basikal atau aksesori. Juga boleh merancang dengan baik kekerapan anda berkayuh dalam seminggu.
Gambar Hiasan: Aktiviti berbasikal seronok dilakukan bersama ahli keluarga. Geng TEKAS dari Ampang antara yang ramai ahlinya berkayuh dalam satu keluarga seperti bapa, ibu dan anak. |
Inilah tujuan yang paling utama bagi kebanyakkan mereka yang terlibat dalam aktiviti berbasikal. Sememangnya jika tujuan ini telah diketahui dari awal maka ia memudahkan anda dalam mencari jenis basikal atau aksesori. Juga boleh merancang dengan baik kekerapan anda berkayuh dalam seminggu.
No comments:
Post a Comment