Wednesday, 4 February 2015

Apa yang best kayuh basikal?

Sebelum ke topik basikal apa yang nak dibeli, ramai yang bertanya kepada saya apa yang best kayuh basikal nie? buat letih jer...tak penat ker?

Itulah yang ingin dikongsikan dalam entry ini :-)

Buat pengetahuan semua aktiviti berbasikal merupakan senaman kardio yang terbaik kerana menggerakkan seluruh anggota badan ketika berkayuh. Ia juga sebagai opsyen buat mereka yang ada masalah dengan lutut atau yang sudah berusia ingin mencari senaman lain yang sesuai. Sebagai contoh seorang lelaki usia lewat 30-an dahulu aktif bermain bola sepak atau futsal ingin mencari aktiviti kecergasan alternatif yang lebih sesuai dengan keadaannya. Maka berbasikal sebagai pilihan kerana ia lebih santai tanpa ada sentuhan badan (body contact), terseliuh tersepak rumput atau bersaing mengejar bola dengan pemain yang lebih muda. Tak terkejor dah yob! Maka berbasikal dilihat aktiviti yang lebih sesuai.

Saya juga mengambil pendekatan yang sama. Ingin cergas dan sihat mengikut sukan yang saya minati iaitu berbasikal. Melalui pengalaman saya...

Apa yang best dengan aktiviti berbasikal ialah:
1) Senaman yang melibatkan semua otot
2) Boleh kurus dan mendapat bentuk badan yang ideal
3) Boleh berkayuh sambil menikmati pemandangan
4) Berkenalan dengan rakan-rakan baharu, setiap kali ride mesti ada rider baru join.
5) Tiada istilah menang atau kalah. Jika anda berjaya menghabiskan kayuhan sudah dianggap satu kemenangan.
6) Menjadi anda sihat dan cergas kerana sentiasa bangun awal pagi untuk menyertai kawan-kawan berkayuh.
7) Aktiviti habis awal sekitar jam 11 pagi. Jadi pada sebelah petang boleh luangkan masa bersama keluarga

INFO: Bila melakukan aktiviti kecergasan seperti berbasikal, hormon endorphine akan tersebar di dalam tubuh badan anda di mana ia mampu mengurangkan stress dan meningkatkan mood!

Apa yang kurang best dengan aktiviti berbasikal ialah:
1) Modal nak beli sebuah basikal, helmet, sarung tangan, jersi dan kaca mata serta lain-lain keperluan nak berkayuh.
2) Perlu bangun seawal pagi untuk memulakan kayuhan. Terutama pada hujung minggu bila anda nak tidur lebih sikit tak boleh.
3) Perlu tidur awal jika tidak mata rabak dan tak cergas keesokkan pagi.
4) Komitmen kayuhan perlu berterusan untuk mengekalkan anda selesa berkayuh. Minima 2-3 kali seminggu. Anda sanggup? Jika lama sangat tak kayuh nanti badan rasa berat kaki pun tak larat :-)

Jadi itu serba sedikit asas kepada mereka yang tertanya-tanya apa yang best tentang berbasikal. Jadi jika anda mahu terlibat dengan aktiviti berkayuh perlu tengok pro dan kontra yang telah saya nyatakan di atas. Kemudian anda boleh membuat keputusan untuk membeli sebuah basikal. Tapi basikal jenis yang mana pulak yang sesuai? :-) Tunggu entry yang seterusnya...


2011: Berkayuh di Lebuhraya Guthrie bersama geng Bukit Jelutong Cycling Club (BJCC) selalu saya yang paling last tiba di point. Masa ini sebagai beginner  dan basikal saya yang paling murah dalam kalangan mereka. :-)

Ini kayuhan bersama team Le Tua dari Kota Damansara ke Fraser Hill mengiringi pemandu F1 Jarno Truli berkayuh untuk latihan kecergasannya. Saya hanya larat sampai Kuala Kubu Bharu sahaja :-) juga pada tahun 2011.


Basikal bukit (MTB) bukan pilihan utama saya tapi seronok untuk xplore alam semulajadi

1 comment: