Lalu saya wujudkan blog ini yang diberi nama PEDAL AKTIF untuk bercerita tentang gaya hidup berbasikal yang semakin aktif untuk rakyat Malaysia. Idea ini timbul apabila ramai teman-teman mahu berkayuh tapi tidak tahu basikal apa yag mahu dibeli dan soalan itu sering ditanya kepada saya. Seakan mahu membantu memberi nasihat dan panduan maka blog ini sebagai platform yang sesuai. Walaupun ramai lagi yang lebih tahu dan terror dalam bab-bab basikal namun tidak salah pengetahuan yang kita ada dikongsi bersama.
Kepada kawan-kawan terima kasih atas keperihatinan anda membaca blog ini dan segala isi kandungan yang terdapat dalam blog ini adalah pandangan peribadi saya melalui pengalaman berbasikal yang dilalui sebelum ini. Ayuh PEDAL AKTIF!
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTahniah saudara Lizam kerana menaikan blog Pedal Aktif...sepatutnya sudah lama ruang ini dikongsi bersama. Sebelum ini pelbagai topik dan isu berbasikal pernah kita bincang dan kongsi bersama, kini dengan adanya medium yang lebih menarik ini sudah pasti pengalaman dan maklumat berbasikal dapat dikongsikan dengan semua. Insyallah saya yakin blogPEDAL AKTIF ini akan menambat hati peminat berbasikal dan semoga berjaya saudara LIZAM.
Zulkarnain Shah Hj.A.Rahman
Pedal Explorer - Semua Boleh Kayuh
Terima kasih saudara Zul dari Pedal Explorer...
ReplyDelete