Monday, 9 February 2015

Nak Beli Road Bike atau MTB?

ANDA DALAM DILEMMA?

Posisi menunggang MTB lebih santai. Pakai sports shoes pun boleh kayuh
Basikal Lumba (Road Bike) dengan pakaian yang lengkap


Ada yang dilemma sama ada mahu membeli basikal MTB atau Road BIke (RB)? Saya cadangkan jika ada bajet beli sahaja keduanya. Namun jika terhad perlu pilih satu sahaja. Ok yang mana satu RB atau MTB?

Ramai yang memilih MTB kerana faktor harga serta lebih santai dari segi kayuhan dan posisi. Boleh digunakan untuk on-road dan Off-road juga menjadi sebab utama kenapa MTB menjadi pilihan ramai. Selain itu jika membeli MTB anda berpeluang untuk menyertai acara kayuhan seperti jamboree yang diadakan setiap minggu. 

Harga dengan komponen untuk MTB pada harga yang mampu milik boleh didapati di pasaran. Pelbagai jenama dan saiz serta jenis boleh dibeli mengikut bajet anda. 

Walaupun MTB bersifat dua alam (on road dan off road) namun ia lebih seronok dikayuh off-road. Ini adalah kerana tayar yang tebal serta suspensi fork hadapan menyerap dengan baik ketika melalui jalan off-road. Bila digunakan di atas jalan tar ia akan lebih berat kerana tayar berbunga dan tebal serta hayunan suspensi akan menggunakan tenaga yang lebih untuk anda.

Manakala RB ia dalam posisi kedudukan erodinamik dan hanya sesuai digunakan untuk jalanraya bertar. Untuk memiliki RB yang murah tiada yang best kerana untuk model yang ringan pada sekitar harga permulaan RM5000 dan ke atas. Harga jika di bawah itu untuk RB hanya dengan pakej entry serta komponen aloi serta kerangka keluli murahan malah perlu tambahbaik pula. Untuk semua jenis basikal yang paling penting ialah kerangka yang ringan serta tahan lasak. 

ROAD BIKE LANCAR DAN PANTAS
Untuk RB anda perlu memakai jersi dan bib yang sesuai serta kasut berklip. Lebih serius dan jika berpakaian santai akan mengurangkan erodinamik. Namun RB tidak perlu dicuci setiap kali selesai kayuhan manakala MTB cucian dan selanggaraan perlu dilakukan setiap kali selesai kayuhan. 

Jadi jika anda mempunyai rakan-rakan yang lebih kepada MTB dan boleh meluangkan masa berkayuh setiap minggu serta sukakan laluan denai dan alam semulajadi masuk hutan dan sebagainya maka pilihlah MTB. Kadangkala banyak menolak juga dalam laluan off-road dari berkayuh...

Jika anda sukakan kayuhan jarak jauh lancar dengan laluan landai dan berbukit maka RB boleh anda pertimbangkan...

Tepuk dada tanya selera yang penting ukur baju di badan sendiri...


RB - Pasukan Pro Benua  Androni Giocattoli dari Itali ketika LTdL 

Pasukan Pro MTB ketika menyertai LIMBC2013

No comments:

Post a Comment